Perhatian:
Rugi jika anda tengok saja tanpa mempraktikkannya.....
Selamat Datang ke WebsitesMudah.com.
Tahukah anda kesemua Internet Marketer di
dunia ini tahu buat website sendiri.
Saya akan ajar anda bagaimana untuk membuat website
anda sendiri, bagaimana menghidupkan website anda supaya boleh
dilihat oleh orang ramai seluruh dunia.
Dari Meja
PC: Nurunajmi Tarikh: Lokasi: Petaling Jaya Subjek: Mari Belajar
buat Website Pertama anda
Baiklah, apabila kita mengatakan, kita ingin membina dan memiliki sebuah
website. Kita tidak boleh lari dari 3 komponen asas berikut.
1. Laman web (Rumah)
Secara analoginya, kita boleh menganggap, website itu adalah seperti rumah
atau pejabat kita. Untuk membina rumah, kita perlukan, simen, batu-bata,
papan, paku, syiling dan sebagainya. Samalah halnya dengan membina website,
untuk membina website, kita memerlukan perisian pembangunan web seperti
macromedia dreamweaver, microsoft frontpage, nvu dan perisian-perisian yang
lain. Website kita pula boleh berbentuk html, php,asp dan sebagainya. Dalam
website saya ini saya mengajar anda bagaimana membina website menggunakan
perisian nvu ataupun kompozer.
Kenapa saya memilih nvu/kompozer? Ini adalah kerana ia PERCUMA, user
friendly dan agak mudah untuk newbie memahaminya .
Mengapa anda perlukan website?
Untuk
memasarkan produk anda ke seluruh dunia
Untuk memberi
penerangan tentang produk anda
Untuk kemaskini maklumat kepada pelanggan
Untuk menjadi tempat pertemuan anda dan pelanggan
Untuk memberikan pelanggan kemudahan urusniaga
Untuk memperkenalkan produk terbaru anda
Untuk menjadikan "kedai" anda di buka 24 jam sehari tanpa henti
Untuk mendapat maklumbalas daripada pelanggan anda
Untuk menaikkan kredibiliti anda di mata pelanggan
Untuk menunjukkan bahawa perniagaan anda adalah "up-to-date"
2. Nama domain (Alamat Rumah)
Nama domain pula boleh dianggap seperti alamat rumah. Nama domain ini anda
boleh beli daripada mana-mana penjual nama domain atau lebih dikenali sebagai "Pendaftar
Nama Domain" yang banyak terdapat di internet. Nama domain ini adalah penting
untuk memastikan orang ramai boleh memasuki laman web anda. Jika anda tidak
mempunyai nama domain, ia adalah seperti anda membina rumah tanpa alamat. Tiada
siapa akan datang atau sampai ke rumah anda.
3. Webhosting (Tapak Rumah)
Webhosting pula boleh dianggap sebagai
tanah/tapak rumah bagi rumah anda. Tanpa tanah, anda tidak boleh mendirikan
rumah. Oleh itu, anda mesti mempunyai webhosting jika anda ingin memiliki
sebuah website. Webhosting ini sebenarnya adalah merupakan sebuah komputer/server
yang mempunyai sambungan internet 24 jam dan orang ramai boleh akses kepadanya.
Oleh itu, anda perlulah meletakkan website anda di webhosting untuk orang ramai
mengaksesnya. Itulah penerangan ringkas serta konsep asas bagi webhosting.
Secara ringkasnya seperti ini:
Laman web = Rumah
Nama domain = Alamat rumah
Webhosting = Tapak rumah
Bagaimana cara untuk mendapatkan domain dan webhosting
1. Domain dan Webhosting percuma
Sekarang ramai yang menggunakan blogspot dan juga www.co.cc. Tetapi, perlu
diingat bahawa alamat seperti ini adalah kurang professional sekiranya anda
ingin memulakan perniagaan.
2. Domain dan Webhosting berbayar
Ada beberapa syarikat
webhosting yang menawarkan domain dan webhosting dengan berbagai spesifikasi
dan juga dengan berbagai harga. Sama ada syarikat webhosting dari luar atau
dalam negara. Di sini saya mencadangkan anda menggunakan servis daripada
syarikat Global Domain International. Kepada saya mencadangkan syarikat ini?
lihat video dibawah untuk mengetahuinya
BAGAIMANA NAK MULA? BERAPAKAH MODAL YANG DIPERLUKAN UNTUK
MENYERTAI PERNIAGAAN GDI
Sekiranya anda membuat keputusan untuk menyewa tapak domain di GDI, bolehlah
klik pada link di bawah. 7 hari pertama adalah percuma, dan sewa bulanan adalah
$10/RM37 setiap bulan yang mana pembayaran pertama pada hari ke-8. Pembayaran
ke GDI melalui kredit kad atau debit kad. Walaupun pada peringkat awal kita
diminta memasukkan no kredit/debit kad tersebut, tetapi GDI hanya akan membuat
pemotongan pada hari ke-8. Oleh itu jika anda memutuskan untuk tidak mahu
menyambung, anda boleh batalkan pada bila-bila masa dalam 7 hari percuma
tersebut. Baca selanjutnya....
Tanpa domain
dan webhosting, maka tidak wujud website kita di internet.
Tutorial Buat Website Sendiri.
Sebelum anda memulakan untuk
membuat website sendiri pastikan anda sudah download perisian NVU terlebih
dahulu diruangan download. Jika anda masih baru dan masih tidak tahu menahu
langsung bagaimana membuat website, ikuti langkah yang saya berikan disini.
Jangan risau jika anda tidak tahu tentang html atau tidak pernah mendengar
langsung apa itu html. HTML merupakan bahasa pengaturcaraan yang digunakan
untuk membina laman web. Cukup setakat itu pengetahuan html. Disini saya akan
berkongsi dengan anda bagaimana membina laman web menggunakan perisian percuma
yang dipanggil NVU.
1. Untuk memindahkan file yang telah
anda bina menggunakan perisian tersebut perlu dipindahkan ke webhosting anda
supaya file tersebut boleh dilihat didalam internet.
2. Perisian yang saya gunakan disini adalah perisian FileZilla dan ia adalah
percuma
3.6 Menjadikan perkataan berkelip-kelip.
Lihat video
Gunakan arahan buka <blink> dan arahan tutup </blink>
Contoh: Jika saya masukkan code dibawah ini:
<blink> PERCUMA belajar buat website </blink>
Hasilnya akan menjadi seperti dibawah ini: (Gunakan Mozilla FireFox untuk
melihat kesannya)
PERCUMA belajar buat website
3.7 Memasukkan muzik sebagai latar belakang website anda.
Lihat Video
Masukkan kod tersebut didalam source NVU dibawah </title>
html kod untuk latar belakang muzik.
<html><IFRAME height=0 width=0 frameborder=0 src= PUT LINK HERE FOR
SONG></IFRAME>
3.8 Menggerakan ayat promosi anda dari satu hujung ke satu hujung yang lain.
Lihat Video
Html kod untuk - marquee
<marquee behavior="scroll" direction="left" scrollamount="4">Your message
here</marquee>
Contoh: Jika saya memasukkan code html dibawah ini kedalam source di NVU anda,
lihat hasilnya:
<marquee behavior="scroll" direction="left" scrollamount="4">Pelajari ILMU buat
website walaupun
anda masih tiada mempunyai sebarang perniagaan kerana ianya PERCUMA</marquee>
3.9 Untuk menjadikan gambar anda scroll.
Lihat video
<marquee behavior="scroll" direction="left" scrollamount="nomborKelajuan">
<img src="urlGambarAnda" width="100" height="100" alt="smile" /><p>Your message
here</p>
</marquee>
Contoh: Jika saya masukkan html code dibawah ini kedalam satu box didalam
website anda, lihat hasilnya
<marquee behavior="scroll" direction="left" scrollamount="2">
<img src="http://tutorialgdi.ws/g3.jpg" width="119" height="99" alt="smile" />
<p>Gambar latihan</p></marquee>
3.10 Memasukkan table kedalam website anda.
Lihat video
3.11 Membuat muka surat kedua, membuat link kedalam dan luar domain anda.
Lihat Video
3.12 Pengetahuan mengenai url amat penting untuk anda membuat link dan
memasukkan video. Lihat video
3.13 Mencipta image atau logo atau gambar anda sendiri. Pengetahuan yang
penting untuk membina website anda.
Lihat Video
3.17 Cara memasukkan Borang Pesanan didalam website anda.
Lihat disini
Ini contoh feedback form.
3.18 Page Title dan Text for image adalah seseuatu yang
amat penting untuk membantu website anda. Lihat
Video
3.19 Meletakkan favicon atau logo kecil pada title website kita.
Klik disini.
Contoh:
Selepas anda mempunyai file bernama favicon.ico, uploadkan ia ketapak domain
anda, dan favicon tersebut mempunyai url tersendiri.
3.20 Memasukkan jam/waktu di dalam website anda.
Klik disini
Contoh Hasilnya:
3.21 Memasukkan counter kedalam website anda.
Lihat Video
Contoh counter code:
<center><a href="http://www.epl-trends.net" target="blank" ><img alt="Website
counter" hspace="0"
vspace="0" border="0"
src="http://redhotcounters.com/1895496-7D95F05565CB630964F376BBF1F7E919/counter.img?
theme=43&digits=7"/></a></center>
atau pun anda boleh dapatkan code nya di sini.
Klik disini
3.22 Cara memasukkan background.
Lihat Video
Pelajari teknik lain cara menggunakan NVU didalam youtube. Search di dalam
youtube untuk keyword "NVU"
dan terdapat beribu- ribu video mengajar skill2 penggunaan NVU.
3.23 Mendapatkan drop down menu.
HTML Code
<form name="jump">
<select name="menu" onChange="location=document.jump.menu.options
[document.jump.menu.selectedIndex].value;" value="GO">
<option value="http://www.urlAnda1">Menu1</option>
<option value="http://www.urlAnda1">Menu2</option>
<option value="http://www.urlAnda1">Menu3</option>
</select>
</form>
Gantikan "Menu" kepada menu anda dan gantikan urlAnda kepada mana url yang
ingin anda bawakan.
Jika tak cukup copy lagi dari option value ke option. Kemudian tampalkan code
ini didalam source di NVU.
Hasilnya adalah seperti ini:
3.24 Mendapatkan Scroll Box
HTML Code
<div style="height:90px;width:160px;overflow:scroll;background-color:#67F152;">Masukkan
penerangan anda yang panjang disini. Kod ini perlulah ditampalkan didalam
"source" di NVU dan saya cadangkan
anda cuba sendiri didalam file latihan dan kemudian upload ke dalam domain anda
menggunakan filezilla, selepas itu cuba sendiri
anda lihat hasilnya di dalam internet</div><p
style="font-family:verdana,arial,sans-serif;font-size:10px;"></p>
Nanti hasilnya seperti dibawah ini
Masukkan penerangan anda yang panjang disini.
Kod ini perlulah ditampalkan didalam "source"
di NVU dan saya cadangkan anda cuba sendiri
didalam file latihan dan kemudian upload ke
dalam domain anda menggunakan filezilla,
selepas itu cuba sendiri anda lihat hasilnya di
dalam internet
Masukkan penerangan anda yang panjang disini.
Kod ini perlulah ditampalkan didalam "source"
di NVU dan saya cadangkan anda cuba sendiri
didalam file latihan dan kemudian upload ke
dalam domain anda menggunakan filezilla,
selepas itu cuba sendiri anda lihat hasilnya di
dalam internet
3.25 Memasukkan tarikh yang up to date ke dalam website anda.
Buat kan satu kotak dan masukkan code html dibawah ini kedalam source dan
savekan.
HTML Code
<SCRIPT LANGUAGE="JavaScript1.2">
<!-- This script and many more are available free online at -->
<!-- The JavaScript Source!! http://javascript.internet.com -->
<!-- Begin
var months=new Array(13);
months[1]="January";
months[2]="February";
months[3]="March";
months[4]="April";
months[5]="May";
months[6]="June";
months[7]="July";
months[8]="August";
months[9]="September";
months[10]="October";
months[11]="November";
months[12]="December";
var time=new Date();
var lmonth=months[time.getMonth() + 1];
var date=time.getDate();
var year=time.getYear();
if (year < 2000)
year = year + 1900;
document.write("<center>" + lmonth + " ");
document.write(date + ", " + year + "</center>");
// End -->
</SCRIPT>
Hasilnya nanti akan seperti:
August 15, 2010
4. Kesilapan yang sering dilakukan diperingkat awal semasa belajar membina
website.
Kesilapan #1.
Lihat video
4.1 Tidak boleh connect didalam file ZIlla.
4.2 Tidak menjumpai didalam internet website yang anda cipta, salah taip url
atau upload salah fail.
Kesilapan #2.
Lihat video
4.3 Gambar tidak keluar setelah upload ke tapak domain.
5. Untuk mengelakkan website kita dari di copy oleh orang lain atau webmaster
yang lain.
a. Setelah siap membuat satu-satu website, copy kesemua html code
b. Masukkan kedalam website ini.
Klik Disini
c. Klik encyrpt untuk mendapatkan kod yang baru.
d. Paste kedalam note pad dan savekan dengan nama ***.html
e. Upload ke tapak domain anda, dan dapatlah url nya http://domainAnda/****.html
6. Memasukkan video youtube dan ia secara automatik terus di "play" kan tanpa
perlu klik play.
Ramai juga yang bertanya kepada saya, bagaimana saya masukkan video dan video
tersebut secara automatik
terus play.
Contohnya cuba lihat di landing page saya ini, anda akan dapati video tersebut
terus dimainkan tanpa klik apa2.
Contoh landing page saya.
Klik Disini
Tekniknya adalah: Pertama: Copy html embed code yang anda perolehi daripada
youtube dan pastekan terlebih dahulu code
tersebut kedalam notepad.
Contohnya:
Kedua: Tambah beberapa commad auto play kedalam code tersebut.
Contohnya: <object width="500" height="405"><param
name="movie"
value="http://www.youtube.com/v/QJ6Uyo9Wx9Q&hl=en_US&fs=1&rel=0&color1=0x402061&color2=0x9461ca&border=1
&autoplay=1"> </param><param name="allowFullScreen"
value="true"></param><param name="allowscriptaccess"
value="always"></param><embed
src="http://www.youtube.com/v/QJ6Uyo9Wx9Q&hl=en_US&fs=1&rel=0&color1=0x402061&color2=0x9461ca&border=1
&autoplay=1" type="application/x-shockwave-flash"
allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="500"
height="405"></embed></object>
Dan baru paste kan
semula code yang telah anda tambah ini kedalam table didalam website anda di
NVU.
7. Teknik autoplay hanya suara tanpa video dipaparkan juga dengan menggunakan
video youtube.
Cuba klik landing page ini:
http://tutorialgdi.ws/anbia.html
Apabila anda buka website landing page ini, dalam masa beberapa saat anda akan
mendengar seseorang
sedang membaca AlQuran tanpa anda klik atau anda melihat apa2 video yang
dipaparkan. (Kalau anda
ada speaker, anda akan mendengarnya)
Tekniknya:
Kalau saya ambil contoh code html yang saya telah copy di atas, saya hanya perlu
tukarkan width kepada
kosong, dan height kepada kosong, maka video ini akan autoplay tanpa sesiapa
dapat melihat video tersebut,
hanya dengar suara sahaja, ini boleh dilakukan untuk anda memasukkan muzik,
lagu, dan macam2 lagi sebagai background sound website anda.
Dan baru paste kan
semula code yang telah anda tambah ini kedalam table didalam website anda di
NVU.
8. Teknik untuk memasukkan FREE FLAQ COUNTER ke dalam website anda.
SILA KLIK DISINI
Nanti didalam website anda akan mempunyai counter flag seperti ini
9. Bagaimana membawa pelawat website anda ke URL lain secara automatik.
Ini mungkin terjadi sekiranya anda tidak lagi menggunakan URL anda.Sebagai
contoh :
http://www.domainanda.com/kedaionline tetapi anda telah menutup jualan
melalui URL tersebut dan dalam
masa yang sama anda ingin mempromosikan produk anda yang lain. Jangan buang
folder tersebut, sebaliknya
anda gantikan dengan 1 page yang akan membawa pelawat website anda ke URL
yang anda kehendaki dan
anda boleh setkan berapa saat.copy kod html :
<meta http-equiv="Refresh" content="5; URL=masukkan URL yang ingin anda bawa
di sini">
Paste kan kod html di atas di antara <head> dan </head>.
Untuk lebih pengetahuan mengenai kod html di atas, sila copy dan paste kan
ke dalam NVU, perhatikan
nombor lima yang berwarna hijau, itu adalah 'delay time' anda boleh ubah
mengikut keselesaan anda jika anda letakkan 5, maka pelawat akan berada di
dalam website tersebut selama 5 saat sebelum mereka di bawa
halaman lain.
Sila lihat contoh web page saya ini : http://www.netkarim.net/download
(Teknik ini adalah sumbangan
http://www.websitetutorial.ws/gedungilmu/langkah1.html )
Tips -tips tambahan di dalam pembinaan website.
1. Gunakanlah design satu page
sahaja untuk website jualan. Website begini adalah lebih sesuai untuk website
jualan kerana amat mudah kepada pelawat untuk mendapatkan info daripada
website. Jika mempunyai banyak
webpages, kemungkinan besar pelawat tidak akan masuk untuk melihat semua isi
kandungannya.
2. Dapatkan chatbox untuk
maklumbalas secara pantas diantara pelawat dan pemilik website. Ianya boleh
digunakan sebagai FAQ juga.
3. Gunakan imej-imej yang
berkualiti di dalam website anda. Imej- imej in boleh didapati dengan mudah
daripada ProCorbis. Anda perlu daftar terlebih dahulu untuk mendapat imej-imej
tanpa label syarikat.
4. Gunakan webform daripada
autoresponder untuk mengumpul subscriber anda. Anda sebenarnya boleh
membuat promosi dengan cara yang paling berkesan sekali iaitu Autoresponder.
TrafficWave adalah
autorepsonder yang paling dipercayai dan diminati oleh para usahawan internet.
Dengan TrafficWave,
anda tidak perlu berada setiap masa dihadapan komputer untuk mempromosikan
website anda. TrafficWave
adalah seumpama pekerja anda. Namun, upahnya adalah berdasarkan jumlah
pelanggan yang berjaya
ditarikminatnya. Anda boleh mencuba TrafficWave di sini. Dengan TrafficWave ,
anda akan mendapat:
- Kempen email tanpa had
- Kempen newsletter/ broadcast tanpa had
- Autoresponder dan follow-up tanpa had
- Sharing Setting tanpa had
- Customer support tanpa had
- More about TrafficWave.net,
klik sini
- Lihat Video cara-cara untuk memasukkan webform trafficwave ke website
anda di
sini